Friday 27 April 2012

Mendengar Radio

Sejak aku menetap di Juru, setiap pagi radio menjadi teman wajib aku. Every morning bila naik kereta mesti aku ON radio dulu. Pada aku dengar radio tak sama dgn layan album. Feel tak sama. Walau pun lagu dalam radio bukannya semua aku suka, tp feel dengar radio lain. Aku pernah baca dalam 1 blog yang penulis nie complain pasai DJ radio yang bebel yang bebukan dan seleksi lagu yang sgt selebet. Memang aku agree yang ada radio yg macam tu. Tp tak dinafikan setiap radio ada daya penarik yang membuatkan ia mempunyai peminat masing masing.

Dalam seleksi radio kereta aku ada radio;
  • Traxx FM
  • Hot FM
  • Sinar FM
  • Red FM
  • Era FM
  • Hitz FM
Sinar FM

Pilihan utama time driving ke office yang boleh dikatakan 95% dr seleksi aku adalah Sinar FM. Aku suka sgt Sinar Pagi. Gandingan Krill, SY dan KE memang kena dgn selera aku. Boleh dikatakan aku santai giler bila layan depa nie. Celoteh depa sgt selamber dan sempoi.

Krill, KE dan SY... Tq sebab ceria pagi aku kat jambatan Pulau Pinang..

Pada aku Sinar Pagi berbeza dgn team lain. Segala topik yang dibawa walau sesirius mana akan di "relex"kan oleh depa bertiga. Sebenarnya ini yang pendengar nak. Pendengar radio time pagi sebenarnya memerlukan sesuatu utk menaikkan mood depa. Macam aku, time pagi kena tempoh jam kat jambatan Pulau Pinang, terpaksa lah buang masa dengar radio. Tp kalu siaran radio tu menghiburkan, memang tak terasa jam tu. Kengkadang, walau dah sampai ofice, aku still duduk dalam kereta hingga habis topik yang dicelotehkan.

Pada aku, dalam sepanjang aku dengar Sinar, pilihan lagu time Sinar Pagi lah yang paling ok. Pada aku Sinar Pagi berani main lagu yang bukan lagu popular. There was one time lagu Elvis pun depa main.

Namun begitu terus terang cakap, selain dr Sinar Pagi, aku jarang dengar Sinar FM. Abby Fana OK lah dan DJ lain macam Jamal,Cik Fea dll pun ok juga lah, cuma lagu yang dimainkan tu sgt membosankan. Personally, Sinar FM harus lebih berani main lagu yang lebih variasi. Biarlah radio lain main lagu yang dah sampai taraf "bohsia" tu.  Serusly, kali tak dak Sinar Pagi, most problably Sinar FM is just another radio station.

ERA FM

Ini adalah satu radio yang main lagu taraf bohsia. But once upon a time ERA was like, wow, ERA! But something happen yang membuatkan ERA jadi hampas dan hampus. Seingat aku dulu, segalanya di ERA sgt best. Paling aku ingat adalah gandingan Kiran & Krill. Sempoi habis.

Kini ERA is trying their best utk jadi radio nombor 1 kat Malaysia. Actually pada aku DJ kat ERA nie not bad. But still some are force to be very annoying. Just lagu depa memang super recycle. Than pasai rancangan pagi depa... Menyedihkan. Kadang² aku kesian tgk rancangan pagi ERA trying their best to make people laugh.

Dulu time Aznil dan Din Beramboi, memang dah OK dah part (arwah) Din Beramboi, tp maslahnya Aznil nie pada aku tak sesuai utk jadi DJ radio. cara dia handle macam dia handle AF. Aku percaya Aznil seorang yg sgt² berbakat dan memang sgt WIN dalam jadi pengacara TV. Tp kalu dalalam radio, terutama rancangan pagi, Aznil FAIL.

 Tinggal kenangan... Ntah kenapa, aku rasa Din tak selesa kerja dgn Aznil.... Pd aku, keupayaan sebenar Din tak meyerlah dlm Pagi ERA... Sayang sekali....

Time pagi, org tak nak dengar benda sedih. Org tak nak dengar sayu². Dalam Sinar pagi ada gak pemanggil atau sms yang sedih, tapi depa handle dengan baik dan keadaan menjadi ceria.

Aznil lain. Benda sedih dia buat jadi lagi sedih. pendengar tak nak dengar semua tu. Pendengar yang tgh stuck dalam jam, yang bakal jumpa segala masalah kat kerja tak nak bebankan kepala depa dgn masalah org lain. Tp Aznil dia carry kesedihan tu dan one minit later dia ubah tone, jd macam ceria balik. Ini membuatkan pendengar nampak Aznil tersgt fake.

Aku sebenarnya minat Din Beramboi since dia dalam THR lagi. Dulu siaran dia lewat malam. Dia banyak banyak role play. Seblum SY buat, Din dan buat. Watak macam Jalal, Atuk dan macam² memang menghidupkan lewat malam (@ awal pagi) aku dulu. Tersgtlah kelakar dan tersangatlah nostalgik. Time tu adalah epik zaman radio aku kat UTM dulu.

One thing pasai Pagi ERA (dulu) yang aku sgt menyampah adalah "buat² gelak". Din Beramboi memang dah buat lawak yg OK dah. But there are part yang memang depa (terutamanya Aznil) tersgt buat² gelak besar seolah kelakar sgt. This is another FAKE yang aku tak ble blah. Dah lah tak kelakar sgt, than buat² gelak pulak. Pecah speaker kete akau just dgr ketawa sumbang depa. Itu baru jaman Aznil & Din. Tak kira jaman Johara lagi...

Johara..... ERA....

Kesian aku dgn Johan.... aku rasa manager ERA mesti bagi target depa base on laughing decidable meter. But seriusly aku kesian dgn Johara. Aku tau depa nak beat Sinar Pagi. Aku tau Johan pun buat role play. Kalu tak silap aku, radio lain pun ada buat role play. Hot the Fifi darainya... Depa cuba amik formula Sinar Pagi.

Gelak paling annoying dan lawak yang tak lawak... Kesian... Give them a break lahh... I believe they can do better if tak dak pressure utk buat org gelak sgt...

Bukan stakat ERA, HOT pun sama. Nak amik idea Sinar. Tu yang ambil Usop Wilca tu. Konon nak amik karek lembut utk  tiru watak Abg Jem.  Since tak berapa menjadi , di create pula si Fifi darai lemabut ntah apa² ntah... Memalukan..

For me Johara is trying too hard. Sampai nampak terlampau FAKE dan "kesian". Aku kesian kat depa bcos depa macam dah putus akal nak buat org gelak. Dan penyakit Pagi ERA still melekat kat depa. Gelak buat². Aku tak tau org lain, but memang annoying sgt..

Pada aku, utk ERA kembali ke zaman kegemilangan dia dulu, dia just kena bagi DJ dia relax. Jgn push sgt utk buat org gelak. Kalu kita dgr Sinar Pagi, sebenarnya trio tu bukan lawak sgt. Cume kengkadang je celoteh depa buat org gelak. Just chill and org akan OK (pada pandangan aku lah..)

Siaran Lain?

Aku suka layan Traxx. Especially pagi Sabtu dan Ahad. Lagu golden zaman aku naik kereta abah aku time kecik dulu. Malah, seleksi lagu pun agak OK. Siaran petang dia pun OK. DJ dia agak kelakar pada aku. Especially time Yogy The Legend. Memang bangang abadi.. Wah hahahahaaa.. I likesss..

Red? Agak macam Traxx. Cuma Red lebih happening. Siaran lain dalam senarai siaran aku sebenrnya lebih kepada filler. Aku tak stick dgn 1 siaran bila naik kereta. Bini aku sebenarnya tak suka dgn perangai aku nie. Eevery time kalu ada lagu yang aku tak suke atau pantang dgr (macam lagu Abg Nuar Zain) aku akan immedietly without a pause akan tukar siaran. Aku shuffle among siaran searching for good song to listen. The only time aku bebetul stick to one radio station adalah utk Sinar Pagi dan time petang kat Traxx. Time lain semua aku shuffle je. 

Pada aku utk satu siaran radio berjaya, DJ memainkan peranan penting. Aku dengar radio bukan nak dgr lagu sgt. Kalu nak dgr lagu, ble down load kat internet. Tp DJ yang baik, pandai select lagu dan susun turutan lagu macam susnan lagu dalam album. Celoteh DJ pun crutial. Zaman dimana lagu boleh download free nie adalah zaman dimana DJ memainkan peranan kejayaan siaran radio. 

Apa pun, nie just selera aku bab dengar radio. Dan selera berbeza mengikut induvidu..



Sunday 8 April 2012

For Whatever?

Hari nie aku terbaca lagi paper pasai rancangan terbaru media prima yang bakal dikenali sebagai Versus. Setahu aku rancangan ini masih belum ditayangkan dan setahu aku gak ia berbentuk rancangan realiti berpetandingan TV tetapi tanpa penyingkiran. Last week pun ada berita pasai rancangan ini dan hari nie pun ada lagi. 

Sebenarnya aku don't really care about any of it since aku tau aku bukannya nak tgk TV pun. Skarang bini aku tgh layan Anugerah ABP bersama anak. Kesian gak kat dia bcos rancangan tu "bersalji". Bersalji maksudnya tak clear lah. Ada ja line or bintik putih macam salji yg buat gambar tak clear. Sebenarnya sejak aku pindah Penang aku dah hilang nikmat tgk TV dgn clear.  

Aku tak tgk Astro bcos for me Astro suka recycle rancangan dia dan for me this sucks. Segala dokumentari aku ble cari kat internet. So, discovery, history channel dan lain² yg dalam Astro yg kononnya educational tak releven utk aku. Bukan aku tak dak duit nak pasnag Astro, tp aku just rasa tak perlu. Sama gak pandangan aku tentang I Phone. Tak perlu. So, Umah aku still ada TV dan fungsinya utk DVD dan berita. Tgk berita tak clear tak pa. 1 jam jek. Aku juga syukur bcos bini aku pun lebih kurang macam aku gak. Dia menentang keras aku niat pasang Astro (yang selalu aku acah jek..).  

Anyway aku nak cakap pasai Loque. Dalam paper ada org dispute dia jadi juri. Aku tak amik pot sgt pun pasai benda nie but for me dia aku rasa dah sampai tahap semi legend. Tapi aku bukan nak cakap pasai Loque. Aku nak cakap pasai Radhi OAG. Bila aku dengar nama Loque or Butterfingers aku akan ingat Radhi dan OAG.

Aku mula kenai depa time aku form 2. First time aku dengar lagu depa aku ingat depa nie band mat saleh. Bare in mind time tu aku tgh giler Blur, Pulp dan juga Oasis bersama Sleeper. Nirvana dan puak grunge Ok lah. But Brits are better. Than come along OAG..

Album Remaja Tahun 90an

Pada aku Radhi nie genius. Majoriti lagu OAG aku suka dan sesetengahnya pada aku patut diketegahkan ke peringkat antarabangsa. Juga ada lagu yang pada aku sangat personal dan sgt sweet (pergh.... gay nya....). But that is the truth. Macam lagu For Whatever & Crush. Tak caya? Just layan lagu For Whatever kat bawah nie... Seriusly 2 lagu nie defined masalah jiwa aku time UTM dulu. Terdapat byk lagi lagu lain yang best yg tak perlu aku nak sebut kat sini. Boleh cari kat net dan layan sendiri. 

For whatever & ever baby...

Basically pada aku Radhi mempunyai masa depan yg gemilang kat dunia music Malaysia. Apa taknya, dia punya fan base utk golongan muda  very strong. Dan lagu dia simple. Tak sama dengan Butterfinger yang lirik dia agak "pelik" dan pening gak nak pikir. Irama lagu OAG sgt santai, selamber dan define apa itu org muda time tu. (Well kami dah tua skarang... dah 30an..). Lirik dia pun ringkas dan sgt remaja. Pada aku OAG boleh jadi Malaysian Beatles. Pada aku time tu, Radhi dan OAG kena konsisten dan bila band dia dah "tua" dia akan mampu buat lagu yg lebih matured seperti mana Beatles. The Beatle pun mula dgn lagu pop jiwang dan akhirnya create antara lagu paling brilliant atas muka bumi nie.

Tapi malangnya Radhi tak disiplin. Dia sangap dadah. Kerana dadah masa depan dia hancur dan status calon lagend juga hancur begitu sahaja. Actualy time dia buat comeback dgn lagu Slumber (lagu faverot aku utk album nie adalah "Biru"), aku harap sgt dia dah insaf dan fokus. Tapi malangnya dia masih lagi sangap. Dengan perangai dia yg pelik tu, nampak sgt dia masih tak berubah. By right dia patut dah evolve sikit, macam Butterfingers.. But still lagu dia masih sedap.

Anyway kini dengar citer dia dah complete sembuh kat Pengasih dan kononnya dah buat band baru dan tinggalkan nama OAG. Dengar citer lagu utk band baru nie berbentuk ketuhanan. Aku tak tau pulak bcos aku tak dengar lagi. Aku tak pasti adakah ini harga evolusi music Radhi, but still aku still hope the best for him.

So Radhi, of OAG, you got a very special gift given by Allah. Why waste it? But having said so, it is still not too late. Bakat yang ada kat hang adalah envy everybody. You have every thing and you trow that all away bcos of drug? Adoi yai.. Tgklah kat mana Loque skarang.. Well aku rasa Loque can do better than this but personally aku rasa you are better than Loque. Pada aku Radhi OAG lebih berbakat dari Loque. Get free of drug and Pengasih and produce some legendary hits again.

Peace!

Wednesday 4 April 2012

Regular Customer

Tadi aku buntu time nak lunch... Aku tak tau nak makan apa...

Well actually bukan lunch dah bcos aku makan pukul 4 petang. Maybe dipanggil luncdner (lunch + dinner)? Macam nie lah aku... Kalu hati penuh semangat, sampai lupa masa makan. Anyway, aku buntu bcos aku tak tau nak makan apa. Dah 4 tahun aku cari rezki kat Penang nie dan boleh dikatakan aku dah rasa semua kedai makan yang best. Baik utk sarapan, lunch mau pun dinner. Late night supper pun kira tau juga pot dia. Seperti biasa ada antara kedai yang dah jadi regular utk aku. Dan sesungguhnya setelah di alam pekerjaan dan income aku OK nie kekadang time bayar, aku tak tgk sgt brapa ringgit yg aku kena bayar kecuali time tu aku tgh sep (save).

Anyway last skali aku ended up makan kat restoran Kapitan. Actually restoran nie pada aku biasa² saja. Dan aku sebenarnya beberapa kali (byk kali gak rasanya) makan kat sini. Aku slalu makan kat sini bcos parking dia senang sikit bcos majlis tak kacau dan boleh selamber letak kete kat memana (belakang bangunan) asalkan tak makan jalan. Lagi pun, kedai nie dekat dgn tempat aku beli brg stationary dan hard ware.

Kapitan nie sebenarnya terkenal dgn Tandoori, roti nan dan clay pot briyani dia. Tp since aku just lapag dan aku dan boring, aku pekena nasik kandag je lah.. Aku amik lauk standard nasik kandag; Daging (2 ketul sederhana besar), bendi 3 batang dan teh ais. Agak² brapa kena? Hahahaaa... RM4.50 jek.. Serius shit, memang murah! Aku tak pasti kenapa dia bagi murah, tp kalu ikutkan sebelum nie aku main bagi RM10 je time makan dan tak tgk resit pun. Dan kedai nasik kandag besag macam nie selalunya mahal. Aku tak pasti nie kedai rakyat 1 Malaysia ke, tp yg pasti nie memang Kapitan. 

Susu segar ais dgn ayam tandoori with cheese nan... Marvelous!!!

PS - Kat UTM dulu pun aku MESTI dapat murah kalu makan kat Pak Ali. Tak penah lebih dr RM2 sekali lunch. Kalu lebih Pak Ali kena minta kebenaran aku. Hahahahaa... tapi tu different story.

Tp bila pikir balik, byk kedai yang aku dapat privilege macam nie. Tak kiralah time aku kat Ipoh dulu pun sama ja. Kalu nasik ganja tu memang harga aku statik je. Walau pun aku dapat aduan staff aku harga dah naik. Nasik lemak super pun sama. Harga maintain rendah. Ada gak aku dapat potong queue time order dan offcourse kekadang aku dapat free gift. Macam kalu aku bawa tetamu beli jeruk, aku dapat free jeruk utk aku. Penah sampai jeruk tu dah jadi todi dalam fridge aku.

Kenapa aku termasuk dalam golongan mendapat privilege? Aku rasa jawapan dia adalah aku regular customer. Aku tau kat Penang nie famous dgn makanan. Kekadang org datang melancong kat Penang just nak makan. Dan aku tau ramai yang kena sembelih time bayar. Aku tgk dan aku penah experiance. But once hang dah jadi org tempatan dan depa dah cam rupa hang, than hang akan dpt special price dan special treatment. Benda nie lebih kalu hangpa manis mulut. 

Balik kepada Kapitan, aku rasa depa maybe cam aku dah kot. Or maybe cara aku dressing memang menampakkan yang aku local dan kalu charge mahal aku akan cari kedai lain. One thing for sure in Penang is that, kalu hang nampak macam tourist walau pun hang local, sedialah utk disembelih. Tambahan kalu hang dressing dan cakap mcm org Key Eeeelllll. Bertambah parahlah kalu rambut blond dan speaking omputih dgn anak sedangkan rupa meme Melayu belacan.

Sebenarnya, aku bukan saja dapat discount kat kedai makan, malah juga kat kedai stationary dan hardware regular aku. Sebagai regular dan juga juga sorg yg selalu berhadapan dgn cust, kekadang aku tak kisah menunggu asalkan pekedai setelkan cust depa yng cerewet yg lain. Aku rasa stail aku yg macam nie juga memberi kemudahan pada pekedai tu. Kekadang aku cakap "tak pa uncle setel cust lain dulu, saya boleh tunggu". 

Anyway, it is good to be regular cust because there are shops that appreciate regular cust and give privilege  service and price. But off course ada gak kedai yg wat tak reti dgn regular dan tak bagi any appreciation token or special price pada cust. Personally pada aku privilege macam nie lah yg dikatakan aktiviti yang mampu membuatkan cust tu loyal dgn kita kerana ia membuatkan kita rasa dihargai. Biarlah kecil sikit pada GP, tp sebenar still untung. Dan bertambahlah untung because that regular cust will bring in more cust to your place..