Wednesday, 31 August 2016

Merdeka 2016 - Hak Siapa Merdeka Ini?

Salam Merdeka 2016...

Ianya sama ada usia aku semakin meningkat atau, sememangnya ianya menjadi semakin suram. Pada hemat aku, sambutan hari kemerdekaan negara makin suram. Seolah tiada apa yang hendak digembirakan atau dihayati pada hari yang jatuh pada 31 Ogos. 

Kenapa aku berkata demikian? 

Kita boleh kira dengan jari bilangan kenderaan yang memasang bendera,
Kita jarang sekali lihat rumah memasang bendera,
Malah ketika aku memandu di KL siang tadi, tiada apa yang berbeza, 
Tiada apa yang meriah tentang hari keramat ini... Bangunan di bandaraya KL nampak biasa, 
Tiada bendera, mahupan slogan atau apa sahaja yang memaparkan kemeriahan sambutan hari merdeka,
Aku pasti pihak kementerian mengarahkan sekolah dan bangunana kerajaan memasang bendera dan untuk hari merdeka, 
Mungkin kementerian ada menghantar surat pekeliling kepada semua pihak milikan bangunan swasta? Mungkin ya. 
Jika Ya, maka ia dipandang sepi...

Kenapa boleh jadi begini?

Aku menulis bukan kerana aku sendiri memasang bendera pada kereta² aku. Tidak juga aku memasang bendera di rumah aku. Aku pun 2 x 5 juga..  

Kenapa semangat patriotik rakyat Malaysia makin luntur? Mengapa pada zahir seolah rakyat makin berpecah dan tak sayangkan negara?

Ini hanya pandangan aku...

Pada hemat aku, rakyat tak berpecah menjadi "racism". Tapi rakyat memang berpecah atas faktor politik. Sepatutnya, politik tidak melunturkan semangat cintakan negara dan patriotism. Tapi di Malaysia, itu yang berlaku.

Di Malaysia, kemerdekaan merupakan hak mutlak satu parti politik - UMNO. Maka sambutan hari kemerdekaan pada umum, barangkali seolah menyambut hari kejayaan UMNO. 

Dalam keadaan dimana UMNO dan BN makin hilang sokongan "jati" dan "ikhlas" majoriti rakyat, maka tidak hairan majoriti rakyat memandang sepi sambutan hari kemerdekaan. Pada mereka "Untuk apa menyambut hari ulang tahun kejayaan UMNO?"

Memang hakikatnya Tanah Melayu Merdeka atas usaha gigih pemimpin UMNO yang terdahulu. Namun setelah membaca beberapa tulisan saudara Kassim Ahmad dan mengingati semula catatan dalam buku sejarah sekolah, UMNO bukan satu satunya tunjang. Ada lagi mereka² yang lain.

Malangnya, kisah kemerdekaan tidak didendangkan secara penuh oleh mereka yang memerintah. Pada aku ia merupakan satu sabotaj terhadap sejarah.

Aku ada terdengar ucapan Perdana Menteri Najib di TV secara rambang. Daripada ucapan beliau, aku tak nampak akan membuatkan rakyat Malaysia semakin menzahirkan kemeriahan hari kemerdekaan. Ucapan beliau tidak lain hanya mengungkit yang negara merdeka atas jasa UMNO. 

Pada aku ucapan beliau hanyalah ucapan politik "marilah mengundi UMNO dan BN".

Utopia Aku

Apa kata kalau pada hari kemerdekaan, kita lupakan sahaja politik buat seketika. Jika sekali pun lah yang UMNO merupakan satu² sebab negara boleh mencapai kemerdekaan, apa kata pada hari kemerdekaan usah diucap berulang kali yang kemerdekaan adalah usaha UMNO. Apa kata di hari kemerdekaan ditumpukan perhatian pada perpaduan, keamanan dan meningkatkan kemakmuran negara.

Cuba jemput semua pemimpin politik termasuk dari pihak pembangkang untuk bersama. Sama² melaungkan ucapan kemerdekaan ataupun testimoni kemerdekaan. Barulah rakyat nampak yang pemimpin politik Malaysia matang dalam berpolitik.

Tapi aku percaya semua itu mustahil akan berlaku. 

Selamat hari Kemerdekaan tahun 2016... 




1 comment:

  1. Teruskan menulis, mungkin 1 ari nnt kt akn dpt mngubah umno, sy percaya masih ada bijak pandai dlm umno..PAS & UMNO perlu bsatu utk Islam & Melayu

    ReplyDelete